Featured Articles
Bantuan Gaza di sekat di Ramallah ?
Written by admin from on February 5th, 2009 | 0 CommentsKhamis, 05/02/2009 - Ahmed Al Kurd, Menteri Perhubungan Sosial, pada Selasa lepas telah menuduh tentera penceroboh dan Palestinian Authority (PA) di Ramallah menghalang kemasukan bantuan kemanusian yang dihantar dari pelbagai Negara dalam cubaan mereka menawan Semenanjung Gaza.
Olmert dan Barak ingin serang Gaza lagi.
Written by admin from on February 4th, 2009 | 2 CommentsRabu,04/02/2009 - Perdana Menteri Israel Ehud Olmert dan Menteri Pertahanannya Ehud Barak berkata mereka akan serang Gaza sekali lagi dalam serang balas terhadap roket buatan rumah yang dilancarkan ke arah bandar-bandar Israel yang berdekatan.
Walaupun provokasi itu mungkin tidak seberapa tetapi mereka akan mengambilnya dengan serius dan kemungkinan serang ke atas Gaza kali ini akan lebih dasyhat.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
Rejim Zionis menangkap 12 penyokong Hamas hari ini.
Written by admin from on February 4th, 2009 | 1 CommentRabu,04/02/2009 - Tentera Zionis-Israel hari ini telah menangkap 12 rakyat Palestin di Jenin, al-Khalil dan Nablud. Mereka yang ditangkap berumur dari 15 hingga 17 tahun. Tindakan tentera Zionis-Israel yang memecahmasuk dan menggeledah rumah rakyat Palestin. Tentera Zionis-Israel turut merampas barang seperti PC, telefon bimbit dan lain-lain.
Alasan mereka ditangkap adalah kerana mereka bersama mendokong perjuangan Hamas. Operasi ini bermula sejak hari Selasa.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
Recent Articles
Al-Bardawil: Jawatankuasa undang-undang dan kumpulan pejuang bagi menyelesaikan isu tahanan politik dibentuk sebelum dialog.
Written by admin from on February 4th, 2009 | 0 CommentsRabu, 04/02/2008 - Dr Solah al-Bardawil, seorang ahli parlimen dan anggota HAMAS menegaskan di Kaherah bahawa perbincangan masih berlangsung dengan para pegawai Mesir tentang persetujuan melaksanakan ‘tempoh bertenang’ dan gencatan senjata. Beliau turut menegaskan persetujuan juga telah dicapai untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan menyelia pembukaan pintu sempadan Rafah.
Terkini : Israel akan membina terowong antara Gaza dan Tebing Barat.
Written by admin from on February 3rd, 2009 | 6 CommentsDalam satu dialog dengan pelajar di Universiti Ben-Gurion pada Isnin lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, mencadangkan untuk menggali sebuah terowong yang akan menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Tebing Barat Bank bagi tujuan mewujudkan apa beliau sifatkan sebagai “kesinambungan geografi”.
Terkini : Israel lancarkan serangan udara, seorang penduduk Palestin terbunuh, dua lagi cedera di bandar Rafah.
Written by admin from on February 3rd, 2009 | 0 CommentsSelasa, 03/02/2009 -Seorang warga Palestin telah terbunuh dan dua lagi cedera pada tengah hari Isnin apabila seorang tentera Israel melepaskan peluru berpandu pada sebuah kereta awam yang sedang memandu masuk ke Rafah City yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.
PBB tolak alasan Zionis menyerang infrastrukturnya, akan jalankan siasatan sendiri.
Written by admin from on February 3rd, 2009 | 0 CommentsSelasa, 03/02/2009 - Para pegawai PBB mengumumkan badan dunia itu akan menjalankan siasatan berhubung serangan Zionis terhadap beberapa bangunan miliknya semasa serangan terhadap Gaza baru-baru ini. John Holmes, pegawai bertanggungjawab tentang hal ehwal kemanusiaan Bangsa-bangsa Bersatu berkata pada hari Isnin (2/2), badan dunia itu sedang menunggu keputusan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Zionis tentang serangan terhadap gudang agensi bantuan bagi pelarian Palestin (UNWRA) dan sebuah sekolah miliknya. Namun beliau menegaskan PBB juga akan menjalankan siasatan sendiri terhadap kejadian tersebut. Read more »
Recent Comments
- ana_fau95: "bq pndapat ana ...Allah x mnde..."
- HANCUR ISRAEL: "HAMAS dont give up! kami senti..."
- HANCUR ISRAEL: "israel ni mmg haramjadah lah! ..."
- shalam: "saya ingin ke palestin dan ber..."
- shahadah: "salam..sudah terang-terangan I..."
- fizisalam: "Salam...Apalah erti mengucap d..."
- Elcorin: "Hello, Great job. But not eno..."
- syahidcita-citaku: "Kita= Teruskan memboikot berka..."

No comments:
Post a Comment