Wednesday, October 8, 2008

Refleksi Metakognitif Laman Web


Sebagai permulaan, saya cuba memahami kehendak soalan dan tugasan yang di beri . Kemudian, saya memulakan pencarian maklumat di internet dengan menggunakan pelayar seperti Mozilla Firefox dan Internet Explorer. Seterusnya saya menggunakan enjin pencarian seperti Yahoo.com dan Google.com. untuk mendapatkan bahan yang dicari.Kemudian saya menggunakan pelbagai kata kunci seperti penggunaan teknologi maklumat/ICT dalam pendidikan, kemahiran berfikir dalam pendidikan dan sebagainya. Di samping itu, saya juga menggunakan "advance search" untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat. Saya juga turut menggunakan pembuka dan penutup kata untuk mencari maklumat yang lebih spesifik.

Setelah saya membuat penilaian keatas maklumat-maklumat yang di terima, kemudian saya menyimpan laman web-laman web yang agak bersesuaian. Seterusnya saya membuat penilaian ke atas semua laman web tersebut agar selaras dengan kriteria pemilihan dan mematuhi standard pemikiran.

Refleksi Metakognitif Jurnal


Apabila tugasan di beri, saya meneliti dan memilih konsep yang paling sesuai dengan menyenaraikan segala tugasan.Kemudian, saya memulakan pencarian dengan melayari laman web ukm dan pautan Perpustakaan Tun Sri Lanang. Seterusnya, saya klik pada pada perkataan Jurnal, didapati terdapat pelbagai pangkalan data tentang jurnal. Kemudian saya klik pada perkataan Jurnal ICT dalam pendidikan, teknologi dalam pendidikan dan pengintegrasian ICT dalam pendidikan.
Setelah terpapar pelbagai jurnal tentang kajian, konseptual dan lain-lain. Seterusnya saya memilih artikel yang paling sesuai dan seterusnya memuat turun dan menyimpan artikel dalam bentuk Pdf. Saya juga turut menyimpan maklumat tentang bibliografi seperti nama jurnal, nama pengarang dan juga memuat turun seluruh halaman artikel untuk disimpan. Setelah segala jurnal yang telah di muat turun disimpan, saya terus membuat penilaian terhadap jurnal-jurnal tersebut supaya bertepatan dengan kriteria pemilihan dan mematuhi standard pemikiran.

Tuesday, October 7, 2008

LAMAN WEB 5

http://www.tutor.com.my/tutor/index.asp

Laman web ini menjelaskan tentang kemahiran berfikir dan kemahiran teknologi maklumat. Laman web ini sangat berkait rapat dengan tugasan yang diberikan oleh Dr Siti Fatimah. Laman web ini amat bermanfaat kerana ianya menerangkan secara terperinci berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Secara tidak langsung membolehkan kita mengaplikasikannya apabila diperlukan. kita boleh mendapat sebarang maklumat dengan hanya menekan pautan-pautan yang telah disediakan.Kebiasaannya guru menggunakannya untuk dijadikan panduan dan rujukan tambahan untuk memperkasakan institusi pendidikan pada hari ini.

LAMAN WEB 4

http://pendislami.tripod.com/

Laman Pendidikan Islam

Laman ini menyediakan beberapa panduan yang berkaitan dengan pendidikan.
Ini termasuklah konsep, metodologi, kandungan kursus serta beberapa
rencana pilihan yang berkaitan dengan pendidikan Islam.Jika dilihat dengan lebih terperinci kita akan dapati bahawa ianya turut menyediakan kefahaman yang jelas tentang konsep serta matlamat utama dalam pendidikan Islam. Selain itu laman web ini juga turut menyediakan kaedah pengajaran pendidikan Islam untuk membentuk kefahaman yang sebenar. Disamping itu terdapat juga matlamat dan fokus utama dalam Pendidikan Islam,juga menyatakan tentang persediaan mengajar bagi guru terutamanya guru pendidiakan Islam. Jika kita tahu memanfaatkannya laman web ini banyak memberi dan menyumbangkan maklumat-maklumat serta pengetahuan terkini yang dapat kita kongsikan dalam pembelajaran.

LAMAN WEB 3


http://azhartech.tripod.com/

Artikel ini mengkaji tentang sejauhmana sistem pendidikan formal membudayakan sains dan teknologi. Juga terdapat latar belakang kajian, objektif kajian, metodologi, dapatan kajian mengenai penggunaan ICT dalam pendidikan bagi sesebuah masyarakat.Kajian ini juga memberi pendedahan tentang kaedah pendidikan yang berkesan.


JURNAL 1

Ke arah Pengajaran dan Pembelajaran Berintegrasikan Komputer dab Permasalahannya
oleh: Khairul Adawiyah binti Ab. Jalil (p33543)
Oktober 2005

Jurnal ini berbentuk kajian yang memfokuskan kepada teori pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh setiap insan dalam semua aspek kehidupan serta mengutarakan beberapa kaedah dan cara sebagai pendekatan terbaik yang harus dititikberatkan oleh seseorang guru dalam mendidik serta membentuk pelajar kearah kecermelangan tanpa sempadan. Antara kecerdasan yang dinyatakan seperti logik matematik, linguistik, muzik, intrapersonal, ruang, konestetik, interpesonal dan kemahiran ahli alamiah.Selain itu, dalam jurnal ini turut dinyatakan kaedah p & p yang berbantukan komputer yang menggabungjalinkan pelbagai kaaeddah p&p seperti teacher centered,student centered, kemahiran berfikir, literal thinking, kaedah inkuiri dan sebagainya dalam menyediakan bahan p&p berantarakan komputer.
Pengarang jurnal ini juga menyatakan masalah yang sering berlaku di sekolah tentang kurangnya penggunaan teknologi dalam p&p di sekolah-sekolah terutamanya kurang menggunakan cd software yang dibekalkan untuk proses p&p.Juga tentang semakin kurang nya galakan dari guru untuk menerapkan pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan komputer.

Monday, October 6, 2008

JURNAL 2

PEMANTAPAN KOMPONEN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM
BAGI MENANGANI ERA GLOBALISASI

ASMAWATI BTE SUHID
asmawati@educ.upm.edu.my
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia.

Pendidikan akhlak merupakan satu wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan
melahirkan manusia yang baik. Penekanan pendidikan akhlak dalam Pendidikan Islam
adalah jelas kerana Pendidikan Islam antara lainnya bertujuan membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Artikel ini membincangkan beberapa persoalan berkaitan dengan pemantapan komponen akhlak terkini dalam era globalisasi khususnya di peringkat prauniversiti. Beberapa kekuatan dan kelemahan di peringkat tersebut akan diperhalusi. Sehubungan dengan itu, penulis turut mencadangkan kaedah
penyelesaian yang sewajarnya.

Globalisasi juga sering dikaitkan dengan pemodenan dan teknologi canggih. Namun persoalannya ialah sejauhmanakah globalisasi membawa arus pemodenan dan teknologi canggih yang sejajar dengan kehendak dan tuntutan Islam?Globalisasi yang mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh dunia.
Dunia mahu dijadikan suatu pentas kecil supaya mudah terjangkau dalam waktu yang singkat.

Laman Web 2


http://josie653.tripod.com/kdp.htm

Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik

Oleh:

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal

Unit Matematik MPKTBR

Laman web josie653.tropod.com ini merupakan satu daripada contoh Penggunaan Media Teknologi untuk mengembangkan pengetahuan, juga merupakan sumber ilmiah yang sangat berguna untuk mengembangkan pengetahuan seseorang terhadap sesuatu ilmu pengetahuan dan merupakan suatu medan perkongsian maklumat tanpa sempadan. Penyediaan pautan dan jaringannya yang pelbagai dapat membantu memperincikan lagi setiap item pengetahuan yang ingin di cari.

Kewujdan laman web ini menjadi salah satu medium atau bahan rujukan utama untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan pelajar untuk menggunakan media teknologi dan menguasai ilmu yang disediakan. Dengan adanya laman web ini para pelajar akan dapat membentuk budaya dan sikap celik IT dan ICT serta dapat membentuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar




Laman Web 1

http://sofeeya87.wordpres

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENDIDIKAN

Dalam laman web ini banyak menceritakan tentang manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurnialan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan pentaakulan minda (akal) yang merupakan tempat bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan (hikmah).

Banyak dokumen yang terkandung dalam laman web ini adalah hasil tulisan pihak-pihak yang terlibat seperti individu (NGO) dan agensi kerrajaan.Laman web ini amat sesuai untuk dijadikan medan perkongsian ilmu kerana mungkin pengetahuan kita yang berbeza dapat mengeluarkan cara pemikiran dan kefahaman yang berbeza.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seribu kemaafan di dahulukan kerana selautan kesalahan dalam kehidupan.Alhamdulillah, dalam serba kekurangan dan kedaifan diri dengan pertolongan Allah s.w.t. dapat saya menyiapkan blog ini. Saya berharap dengan wujudnya blog ini sama-sama kita dapat mengambil manfaat dan berkongsi pendapat serta maklumat-maklumat yang berguna.Insyaallah, saya akan menyediakan hasil tugasan yang terbaik untuk di kongsikan bersama. Semoga apa yang bermanfaat dapat di kongsikan bersama dan dapat di amalkan dalam kehidupan Sekian, Wassalam.